-
APAKAH NOTIS INI? Sila baca notis privasi ini ("Notis Privasi") dengan teliti untuk memahami
dasar dan amalan ASTRO berkenaan Data Peribadi pelanggannya dan cara ASTRO akan
menggunakannya. Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 ("Akta") telah diperkenalkan untuk
mengawal selia pemprosesan Data Peribadi dalam transaksi komersial. Akta tersebut, yang
terpakai bagi semua syarikat dan firma yang ditubuhkan di Malaysia, memerlukan Kami untuk
memaklumkan anda mengenai hak anda berkenaan dengan Data Peribadi anda.
-
APAKAH DATA PERIBADI? "Data Peribadi" merujuk kepada maklumat yang berhubungan secara
langsung atau tidak langsung dengan anda, yang boleh digunakan untuk mengenal pasti anda
secara bersendiri atau bersama-sama dengan data lain yang Kami kumpul atau mempunyai
akses kepadanya.
- SIAPA KAMI? Sebarang rujukan dalam Notis Privasi ini kepada "ASTRO" dan "Kami" bermaksud
Astro Malaysia Holdings Berhad (932533-V) dan, mengikut mana yang berkenaan, mana-mana
subsidiari dan syarikat yang berkaitan dengannya seperti yang ditakrifkan dalam Akta Syarikat
2016.
APAKAH DATA PERIBADI YANG MUNGKIN KAMI KUMPULKAN DARIPADA ANDA? Data Peribadi
yang ASTRO mungkin kumpulkan mengenai anda akan berbeza-beza bergantung kepada cara
anda berinteraksi dan berhubung dengan ASTRO. Sebagai contoh, ia mungkin termasuk:
- nama anda, tarikh lahir, dokumen sokongan pengenalan (termasuk kad pengenalan atau
nombor pasport), jantina, kewarganegaraan dan bangsa, bahasa pilihan, alamat peribadi
dan/atau perniagaan semasa, alamat pemasangan, nombor telefon atau telefon mudah alih,
alamat e-mel, soalan-soalan dan/atau data untuk memudahkan langkah keselamatan yang
Kami ada untuk akaun anda;
- maklumat kad kredit dan/atau kad debit anda, butiran akaun bank dan sejarah pembayaran
anda;
- status produk dan/atau perkhidmatan yang telah anda perolehi daripada Kami atau langgan;
- cara anda menggunakan produk dan/atau perkhidmatan;
- peralatan (seperti kotak atas set anda dan sistem komputer anda) dan/atau perisian yang
anda gunakan apabila mengakses produk dan/atau perkhidmatan kami dan/atau pedagang
dan rakan kongsi strategik pilihan kami;
- minat dan kecenderungan peribadi anda untuk membantu Kami menyesuaikan tawaran
produk dan/atau perkhidmatan kami dan/atau pedagang dan rakan kongsi strategik pilihan
kami yang paling sesuai untuk anda;
- data aliran klik apabila anda melawati mana-mana aplikasi, platform media sosial atau laman
web ASTRO;
- rakaman bagi panggilan yang dibuat oleh anda ke meja bantuan kami untuk peningkatan dan
penambahbaikan perkhidmatan kami; dan
- maklumat lain yang mungkin diperlukan untuk tujuan urusan sah ASTRO atau seperti yang
dikehendaki oleh syarat undang-undang yang berkenaan.
-
APAKAH SUMBER DATA PERIBADI ANDA?:
- Kami mungkin mendapatkan Data Peribadi daripada anda secara langsung apabila anda:
- berkomunikasi dengan Kami, termasuk apabila anda mengemukakan permohonan untuk
menjadi pelanggan kami atau apabila anda menghubungi Kami mengenai sebarang
pertanyaan;
- melanggan produk dan/atau perkhidmatan ASTRO tertentu;
- menggunakan sebarang produk dan/atau perkhidmatan ASTRO;
- menyertai atau mengambil bahagian dalam mana-mana pertandingan, peraduan atau
program kesetiaan yang dijalankan dan/atau dianjurkan oleh atau bagi pihak ASTRO;
- meminta sebarang maklumat atau mendaftarkan sebarang kepentingan dalam manamana produk dan/atau perkhidmatan ASTRO;
- bertindak balas kepada sebarang bahan pemasaran atau promosi yang diedarkan oleh
ASTRO;
- melawat mana-mana pejabat, premis atau pusat niaga ASTRO;
- lawat, layar, siar atau masukkan sebarang maklumat ke dalam mana-mana aplikasi,
platform media sosial dan/atau laman web ASTRO;
- membuat aduan kepada ASTRO; dan
- memberikan sebarang maklum balas kepada ASTRO.
- Selain daripada Data Peribadi yang diperolehi daripada anda, Kami juga mungkin
mendapatkan Data Peribadi anda daripada pihak ketiga yang Kami berurusan dengan atau
berkaitan dengan anda (termasuk rujukan kredit atau agensi pelaporan atau institusi
kewangan) dan daripada sumber lain di mana anda telah memberikan persetujuan anda
untuk pendedahan Data Peribadi yang berhubung dengan anda, dan/atau jika dibenarkan
secara sah.
- Kami mengumpul maklumat mengenai penggunaan anda akan laman web kami daripada
kuki. Kuki ialah paket maklumat yang disimpan dalam komputer atau peranti anda yang
membantu pengemudian laman web anda dengan memadankan maklumat laman web yang
bersesuaian dengan keperluan anda. Kuki itu sendiri tidak mengenal pasti pengguna individu
tetapi hanya komputer atau peranti yang digunakan. Anda tidak diwajibkan untuk menerima
kuki. Jika anda bimbang, anda boleh menetapkan komputer atau peranti anda untuk
menerima sama ada kesemua kuki, untuk memberitahu anda apabila kuki dikeluarkan, atau
untuk tidak menerima kuki pada bila-bila masa. Walau bagaimanapun, penolakan kuki boleh
menjejaskan penggunaan anda akan laman web kami kerana Kami tidak akan dapat
memperibadikan aspek penggunaan laman web anda.
- Harap maklum bahawa Notis Privasi ini terpakai hanya untuk laman web ASTRO dan tidak
terpakai kepada mana-mana laman web pihak ketiga yang boleh diakses daripada laman web
kami. Untuk memastikan bagaimana mereka berurusan dengan Data Peribadi anda, anda
harus memastikan bahawa anda membaca dasar privasi mereka. Jika anda menggunakan
atau melanggan mana-mana produk dan/atau perkhidmatan daripada mana-mana pihak
ketiga dan anda kemudiannya memberikan Data Peribadi anda terus kepada pihak ketiga
tersebut, Data Peribadi anda akan tertakluk kepada notis privasi pihak ketiga tersebut.
-
BAGAIMANA MUNGKIN KAMI MENGGUNAKAN DATA PERIBADI ANDA? Kami mungkin
menggunakan dan memproses Data Peribadi anda untuk mana-mana tujuan berikut (bersamasama "Tujuan"):
- untuk mentaksir dan memproses permintaan anda untuk produk dan/atau perkhidmatan
ASTRO;
- untuk memastikan idea dan latar belakang anda;
- untuk mentaksir permohonan anda untuk mendaftar bagi penggunaan aplikasi, platform
media sosial dan laman web ASTRO;
- untuk mentaksir permohonan anda untuk melanggan produk dan/atau perkhidmatan
ASTRO;
- untuk berkomunikasi dengan anda;
- untuk menyediakan sebarang produk dan/atau perkhidmatan kepada anda;
- untuk memproses transaksi pembayaran anda;
- untuk menjawab pertanyaan anda;
- untuk mentadbir penyertaan anda dalam peraduan;
- untuk menjalankan aktiviti dalaman;
- untuk menjalankan penyiasatan dalaman, pematuhan, audit atau tujuan keselamatan
termasuk, tanpa had, pengesanan jenayah, pencegahan dan pendakwaan;
- untuk menjalankan tinjauan pasaran dan analisis arah aliran;
- untuk memberi anda maklumat mengenai produk dan perkhidmatan ASTRO;
- untuk memberi anda maklumat mengenai produk dan perkhidmatan pedagang pilihan dan
rakan kongsi strategik pilihan kami;
- untuk aktiviti urusan sah ASTRO yang lain;
- untuk apa-apa tujuan lain seperti yang dinyatakan dalam terma penggunaan bagi setiap
laman web ASTRO; dan/atau;
- Jika berkaitan, apa-apa tujuan lain seperti yang dinyatakan dalam Terma dan Syarat Am
ASTRO dan, jika berkenaan, Terma dan Syarat Kempen ASTRO
Dengan membekalkan Data Peribadi, anda dianggap telah memberikan persetujuan anda kepada
pemprosesan dan penggunaan Data Peribadi oleh ASTRO untuk Tujuan.
-
DENGAN SIAPA KAMI KONGSIKAN DATA PERIBADI ANDA?
- Kami mungkin mendedahkan Data Peribadi anda kepada syarikat pihak ketiga, organisasi
dan/atau pembekal perkhidmatan untuk: (i) menjalankan perkhidmatan bagi pihak kami
yang merupakan sampingan kepada dan/atau diperlukan untuk tujuan menyediakan produk
dan/atau perkhidmatan kami dan/atau pedagang dan rakan kongsi strategik’ pilihan kami
kepada anda; atau (ii) membantu Kami menyediakan perkhidmatan kepada anda dan untuk
memperibadikan perkhidmatan kami dan menjadikannya berfungsi dengan lebih baik; atau
(iii) memproses transaksi pembayaran; atau (iv) menjalankan pemeriksaan penipuan dan
kredit, dan mengutip hutang dan melindungi hak kami serta mempertahankan Kami dan
harta kami; atau (v) menganalisis dan menambah baik maklumat yang Kami pegang
(termasuk mengenai interaksi anda dengan perkhidmatan yang disediakan oleh kami dan/
atau pedagang dan rakan kongsi strategik pilihan kami); atau (vi) menjalankan tinjauan; atau
(vii) menjalankan mana-mana tujuan seperti yang dinyatakan dalam Notis Privasi ini.
- Kami juga mungkin mendedahkan Data Peribadi anda kepada pelbagai badan dan agensi
kerajaan untuk memenuhi kewajipan undang-undang dan kawal selia kami dan kepada
agensi penguatkuasaan undang-undang untuk tujuan mencegah dan/atau mengesan
jenayah, atau untuk tujuan penyiasatan dan/atau penahanan atau pendakwaan pesalah dan/
atau perlindungan keselamatan negara dan/atau apa-apa tujuan yang diperlukan atau
dibenarkan oleh atau di bawah mana-mana undang-undang atau oleh mana-mana perintah
atau penghakiman mahkamah.
- Jika diperlukan untuk mana-mana Tujuan, Data Peribadi anda boleh dipindahkan ke lokasi di
luar Malaysia atau didedahkan kepada mana-mana pemegang lesen, rakan kongsi
perniagaan dan/atau pembekal perkhidmatan ASTRO, yang mungkin berada di dalam atau di
luar Malaysia. Kecuali perkara di atas, Data Peribadi anda tidak akan dipindahkan secara
sengaja ke mana-mana tempat di luar Malaysia atau didedahkan secara sengaja kepada
mana-mana pihak ketiga.
-
APAKAH LANGKAH YANG KAMI AMBIL UNTUK MELINDUNGI DATA PERIBADI ANDA? Kami
mengambil langkah-langkah berikut untuk melindungi Data Peribadi anda dengan memastikan
bahawa:
- Data Peribadi anda disimpan seperti yang dikehendaki oleh Akta;
- Kakitangan ASTRO tidak menyalahgunakan Data Peribadi anda; dan
- mana-mana pembekal dan penyedia perkhidmatan yang dilantik yang memproses manamana Data Peribadi melakukannya mengikut terma kontrak mereka dengan ASTRO. Namun
begitu, anda dikehendaki memastikan keselamatan kata laluan anda dan tidak
mendedahkannya kepada pihak lain untuk mengurangkan risiko pelanggaran data.
-
BERAPA LAMA KAMI MENYIMPAN MAKLUMAT ANDA? Kami akan mengekalkan Data Peribadi
anda dalam rekod perniagaan kami selagi mana anda kekal sebagai pelanggan atau pengguna
mana-mana produk dan/atau perkhidmatan kami atau pengguna laman web ASTRO. Kami juga
akan mengekalkan Data Peribadi anda untuk satu tempoh masa selepas anda bukan lagi
pelanggan atau pengguna mana-mana produk dan/atau perkhidmatan kami atau pengguna
laman web ASTRO jika Data Peribadi kekal diperlukan untuk Tujuan.
-
APAKAH KOMITMEN YANG ANDA BERIKAN BERKENAAN DENGAN DATA PERIBADI ANDA?
- Anda bertanggungjawab untuk memberikan maklumat yang tepat dan lengkap kepada kami
mengenai diri anda dan mana-mana orang lain yang Data Peribadinya anda berikan kepada
kami dan untuk mengemas kini Data Peribadi tersebut apabila ia menjadi tidak betul atau
lapuk.
- Jika anda berumur di bawah 18 tahun, anda dikehendaki untuk memastikan bahawa ibu
bapa atau penjaga sah anda memberi kebenaran bagi pihak anda untuk memproses Data
Peribadi anda seperti yang diterangkan dalam Notis Privasi ini.
- Anda menyatakan dan menjamin bahawa persetujuan pihak ketiga tersebut (termasuk ahli
keluarga, benesiari dan orang hubungan kecemasan) yang Data Peribadinya anda berikan
kepada ASTRO telah diperolehi untuk membolehkan Kami memproses perkara yang sama
berhubung dengan Tujuan.
-
APAKAH HAK ANDA BERKENAAN DENGAN DATA PERIBADI ANDA? Dalam kebanyakan keadaan,
adalah perlu bagi Kami untuk memproses Data Peribadi anda bagi menyediakan produk dan
perkhidmatan ASTRO dan untuk ASTRO beroperasi dalam urusan perniagaan biasa. Walau
bagaimanapun, anda boleh mengehadkan pemprosesan Data Peribadi anda mengikut cara yang
diterangkan dalam perenggan di bawah. Dalam kebanyakan keadaan,
adalah perlu bagi Kami untuk memproses Data Peribadi anda bagi menyediakan produk dan
perkhidmatan ASTRO dan untuk ASTRO beroperasi dalam urusan perniagaan biasa. Walau
bagaimanapun, anda boleh mengehadkan pemprosesan Data Peribadi anda mengikut cara yang
diterangkan dalam perenggan di bawah.
- Anda boleh pada bila-bila masa menghubungi Pegawai Perlindungan Data Peribadi ASTRO
melalui pos berdaftar atau e-mel seperti yang dinyatakan dalam Seksyen 13 di bawah untuk
membuat pertanyaan atau mengemukakan aduan mengenai pemprosesan Data Peribadi
anda dan anda boleh memohon secara bertulis untuk (i) mengakses Data Peribadi anda, (ii)
menarik balik persetujuan anda daripada ASTRO memproses Data Peribadi anda, (iii) hadkan
pemprosesan oleh ASTRO akan Data Peribadi anda dan/atau (iv) meminta pembetulan Data
Peribadi anda di mana anda berpendapat bahawa Data Peribadi yang dipegang oleh Kami
adalah tidak tepat, tidak lengkap, mengelirukan atau, jika berkaitan, tidak terkini.
- Berhubung dengan pemasaran langsung, anda boleh memohon melalui notis bertulis melalui
pos berdaftar atau e-mel bahawa Kami tidak memproses Data Peribadi anda untuk manamana tujuan berikut: (i) pengiklanan atau pemasaran melalui telefon yang berkaitan dengan
mana-mana produk atau perkhidmatan ASTRO atau pedagang dan rakan kongsi strategik
pilihan kami; (ii) menghantar kepada anda melalui pos apa-apa bahan pengiklanan atau
pemasaran yang berkaitan dengan mana-mana produk atau perkhidmatan ASTRO atau
pedagang dan rakan kongsi strategik pilihan kami; (iii) menghantar kepada anda melalui emel atau SMS apa-apa bahan pengiklanan atau pemasaran yang berkaitan dengan manamana produk atau perkhidmatan ASTRO atau pedagang dan rakan kongsi strategik pilihan
kami, atau (iv) berkomunikasi dengan anda melalui apa jua cara sebarang bahan pengiklanan
atau pemasaran ASTRO atau pedagang dan rakan kongsi strategik pilihan kami.
- Sila ambil perhatian bahawa kami berhak untuk menolak sebarang permohonan bagi akses
kepada data atau permohonan pembetulan data dalam situasi tertentu, termasuk (i) di mana
kami tidak dapat mengesahkan identiti anda atau (ii) di mana maklumat yang diminta adalah
bersifat sulit atau (iii) jika kami menerima permohonan berulang kali daripada anda dan
beban atau perbelanjaan untuk menyediakan akses adalah tidak seimbang dengan risiko
privasi anda. Kami juga berhak untuk mengenakan bayaran (jika dibenarkan di bawah
undang-undang yang terpakai) untuk sebarang permohonan bagi akses kepada data.
-
KEMASKINI KEPADA NOTIS PRIVASI INI: Notis Privasi ini boleh dipinda oleh Kami pada bila-bila
masa dari semasa ke semasa. Sebarang pindaan kepada Notis Privasi ini hendaklah diterbitkan
di laman web ASTRO atau melalui cara lain yang Kami anggap sesuai. Penggunaan berterusan
anda terhadap mana-mana produk dan/atau perkhidmatan ASTRO dan pendedahan Data
Peribadi di bawah Seksyen 5 akan dianggap sebagai persetujuan anda terhadap pindaan Notis
Privasi ini.
-
BUTIRAN UNTUK MENGHUBUNGI KAMI: Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan
(termasuk untuk mengehadkan pemprosesan Data Peribadi anda), kebimbangan atau aduan
berhubung dengan Notis Privasi ini, sila hubungi Kami melalui (i) pos di alamat berikut: Pegawai
Perlindungan Data Peribadi, Kumpulan Astro Malaysia, Peti Surat 10148, 50710 Kuala Lumpur;
(ii) melalui e-mel di pdpo@astro.com.my; atau (iii) melalui telefon di 03 9543 3838.